------- Prinsip Undang-Undang
              Perniagaan Di Malaysia ------------
Buku ini menepati keperluan sukatan pelajaran universiti, kolej dan peperiksaan-peperiksaan profesional. Juga sesuai untuk mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam dunia perniagaan.

Mengandungi topik-topik berikut:
* PENGENALAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
* KONTRAK * EJENSI * PERKONGSIAN * SYARIKAT
* JUALAN BARANG-BARANG * SEWA BELI * INSURANS
* PEKERJAAN * KONTRAK DALAM ISLAM


Jalan Pantas Teknologi Maklumat
Harga: RM20.00
Mengandungi topik-topik berikut:
    • Pengenalan Teknologi Maklumat (IT)
    • Unit Sistem - Input - Pemprosesan Dan Ingatan
    • Output - Storan - Multimedia
    • Komunikasi dan Internet
    • Data dan Pangkalan Data
    • Analisa dan Rekabentuk Sistem
    • Perisian dan Pembangunan Perisian
    • Koridor Raya Multimedia (MSC)
    • Kamus Teknologi Maklumat (IT)
            Ini adalah sebuah buku teknologi maklumat (IT) yang paling lengkap dan menyeluruh. Keistimewaan buku ini ialah kerana ia ditulis secara ringkas, padat dan mudah difahami. Mengandungi lebih dari 130 gambar dan gambarajah yang membantu menjelaskan fakta. Tahap bahan yang dimuatkan bermula dari peringkat asas hingga keperingkat pertengahan.
            Buku ini sesuai untuk orang ramai yang ingin mendapatkan pengetahuan teknologi maklumat (IT) dengan cara sistematik dan menyeluruh supaya memudahkan mereka menjalankan aktiviti harian di pejabat dan perniagaan dengan bantuan teknologi maklumat (IT).
            Buku ini juga sesuai untuk pelajar- pelajar sekolah serta pelajar yang sedang mengikuti kursus di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Kebanyakan bahan yang dimuatkan dalam buku ini menepati silibus subjek teknologi maklumat (IT) yang diajar di peringkat tersebut.
            Dengan wujudnya buku ini adalah diharapkan pelajar tidak lagi menghadapi masalah untuk mendapatkan sebuah teks teknologi maklumat (IT) yang lengkap dengan harga yang berpatutan.


AKAN TERBIT !!!
SIRAH Rasulullah S.A.W.
        Buku ini mengandungi 900 halaman, berkulit tebal (Hard Cover) dan akan dijual dengan harga RM60.00.
        Ia merupakan terjemahan salah sebuah tulisan sejarah kenabian yang terbaik, lengkap, padat dan dipenuhi dengan kisah-kisah yang menggamit hati pembaca untuk terus menerus memahami dan mengetahui tentang sejarah kenabian yang bermula sejak dihari kelahiran Rasulullah (s.a.w), suka duka perjuangan Baginda (s.a.w) dan para sahabat menegakkan al-haq hinggalah ke saat pilu diketika mana Baginda (s.a.w) dijemput pulang oleh Allah SWT.
        Penulis asal buku ini merupakan seorang pengkaji sejarah Islam yang terkenal, Shaikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri yang berasal dari India. Semoga Allah memberkati usaha beliau.


Untuk mendapatkannya sila hubungi:
Ahmad Bahari 019-2172494 /Nur 'Izzat 016-3386310
PENGEDAR DIKEHENDAKI !!!
BORANG TEMPAHAN
LIHAT MAJALAH TERBITAN TINTA-IMAGE
(Membangun Keperibadian Islam)

| Profil Syarikat / Pendahuluan | Maklumat Syarikat |
| Carta Organisasi | Buku Terbitan Terbaru | Senarai Pelanggan |